Jumaat, 24 April 2015

Solehah ... impian kehidupan sejahtera

Semasa berada dalam Ward 2, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Sebelas hari dalam ward ini
Hari demi hari .. tambah sihat dan membesar.

Isnin, 27 Oktober 2014

Solehah rasa ujian "muntah"

Solehah rasa ujian "muntah" dah banyak kali dalam umurnya sebulan lagi [ 11 November 2014 ] cukup tiga tahun. Kesian Solehah malam ini. Maghrib tadi, tak semena-mena "muntah" . Padahal masa tu Solehah tidur. Malam ini abi dan mama terpaksa bawa Solehah ke Klinik Ziad di Pekan Melor. InsyaAllah, sekarang jam 11 Solehah nampaknya dah boleh tidur.

Khamis, 20 September 2012

Suatu hari ketika sihat

senyum solehah senyum
ada tanda nak tumbuh gigi
oh oh oh seriusnya ... apa depan solehah tu ...



Rabu, 19 September 2012

Solehah kurang sihat

Solehah .... kesian ... hanya menangis, nak beritahu sesuatu hanya dengan  menangis ... itulah ' bahasa baby ' ... kita yang jadi bapa dan mak jadi faham sendiri ....

muncul kemerahan dikulit ... macam ruam ...

Khamis, 30 Ogos 2012

Solehah Bergaya Beraya

Solehah yang kecil dulu kini telah pun besar.  Pada minggu-minggu awal kehidupannya saya aktif menjaga laman web ini. Bila kamera rosak jadi tergendala.  Sekarang sambung kembali.  Solehah sudah berumur  9 bulan.

Solehah namanya yang diharap  akan jadi muslimat solehah. Amin. 

Sekarang sudah boleh pakai baju kurung.

Bergaya Solehah...bergaya.

Selamat Hari Raya Eidil Fitri 1433

Solehah nangis bila ' tok ayah ' ambil nak dukungnya. 
Solehah baru 9 bulan tapi tok ayah telah lanjut umurnya, 90 an.
Subhanallah ... bertuah Solehah. Begitu juga Alan 3 tahun  dan Ainul Fatihah Mujahidah 6 tahun   

Ahad, 25 Mac 2012

Solehah di HRPZ II

Hari ini 25 Mac, 2012.... Ainul Fatihah Solehah... InsyaAllah "Solehah" yang menjadi impian bersama kami suami isteri menunaikan temujanji yang ditetapkan.

Sememangnya, seorang muslimat yang solehah adalah impian semua orang terhadap diri sendiri atau dari ibu bapa terhadap anak perempuannya.

Sejak dilahirkan 11.11.1 yang lalu, sehingga kini umurnya empat bulan lebih, hari ini adalah kali kedua Solehah berjumpa doktor pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Selepas jumpa doktor pakar, kelihatan Solehah dalam dukungan ibunya keluar. Kononnya doktor mengarahkan Solehah di x-ray. Saya tertanya-tanya kenapa di x-ray ?

Masa x-ray rasa terkilan juga kerana kecuaian tak disengaja pihak yang mengendalikan x-ray. Dalam masa 10 minit Solehah di x-ray dua kali kerana kali pertama terlupa buang butang dibajunya.

Kecuaian yang tak disengaja ini memang menguji kami berdua. Takhdir Allah SWT mengatasi segalanya. Bila saya mengajukan kepada pihak yang mengendalikan x-ray itu, beliau minta maaf.

Saya katakan, "senang saja awak minta maaf, dua patah perkataan, tapi saya amat kesal dengan kejadian ini". Beliau terus pergi. Mungkin takut saya panjangkan lagi.

Harapnya lain kali beliau jangan "rasa cekap"... terlalai boleh berlaku bila-bila masa bila ada suatu yang negatif dalam hati.

Bayangkan dan bagaimana hati ikhlas anda menjawab, anak berumur empat bulan terjadi demikian

Isnin, 21 November 2011

Solehah...impian bersama

11.11.11

Ainul Fatihah Solehah.....nama yang belum didaftarkan lagi di Jabatan Pendaftaran Negara. Nama anak kami untuk didaftarkan sebagai rakyat Malaysia.



Jumaat lalu, jam 3:55 pagi ia dilahirkan. Anak yang keempat. Pertama lelaki; Ahmad Fathi Rabbani [ 15 September 2003 ] kedua perempuan; Ainul Fatihah Mujahidah [ 4 September 2006 ] ketiga lelaki; Ahmad Fathan Jundullah [ 4 Mac 2009 dan kini perempuan; Ainul Fatihah Solehah [ 11 November, 2011]

Ada sahabat saya yang hanya beranak perempuan saja. Begitu juga yang beranak lelaki. Bercakap tentang anugerah Allah SWT yang memberi giliran jantina lelaki perempuan ini kepada saya ?.

Saya menjelaskan, "kalau nakkan anak lelaki banyakkan baca al-Qur'an surah yang nama lelaki iaitu Surah Muhammad, Surah Yusuf, Surah Ibrahim, Surah Yunus, Surah Aali Imran, Surah Nuh, Surah Luqman dan kalau mahu anak perempuan selalu baca Surah Maryam. "Ya begitu ke ?" .

Saya mengiyakan, dalam hati saya berkata, "ini salah satu cara untuk menggalakkan hamba Allah baca al-Qur'an". Semuanya tak ada nas yang sedemikian. Ianya sememangnya anugerah Allah SWT.


Ainul Fatihah Solehah. Penuh debaran menanti 11.11.11 tarikh kelahirannya yang bersamaan 15 Zulhijjah 1432. Dilahirkan jam 3:55 pagi Jumaat.