Isnin, 21 November 2011

Solehah...impian bersama

11.11.11

Ainul Fatihah Solehah.....nama yang belum didaftarkan lagi di Jabatan Pendaftaran Negara. Nama anak kami untuk didaftarkan sebagai rakyat Malaysia.



Jumaat lalu, jam 3:55 pagi ia dilahirkan. Anak yang keempat. Pertama lelaki; Ahmad Fathi Rabbani [ 15 September 2003 ] kedua perempuan; Ainul Fatihah Mujahidah [ 4 September 2006 ] ketiga lelaki; Ahmad Fathan Jundullah [ 4 Mac 2009 dan kini perempuan; Ainul Fatihah Solehah [ 11 November, 2011]

Ada sahabat saya yang hanya beranak perempuan saja. Begitu juga yang beranak lelaki. Bercakap tentang anugerah Allah SWT yang memberi giliran jantina lelaki perempuan ini kepada saya ?.

Saya menjelaskan, "kalau nakkan anak lelaki banyakkan baca al-Qur'an surah yang nama lelaki iaitu Surah Muhammad, Surah Yusuf, Surah Ibrahim, Surah Yunus, Surah Aali Imran, Surah Nuh, Surah Luqman dan kalau mahu anak perempuan selalu baca Surah Maryam. "Ya begitu ke ?" .

Saya mengiyakan, dalam hati saya berkata, "ini salah satu cara untuk menggalakkan hamba Allah baca al-Qur'an". Semuanya tak ada nas yang sedemikian. Ianya sememangnya anugerah Allah SWT.


Ainul Fatihah Solehah. Penuh debaran menanti 11.11.11 tarikh kelahirannya yang bersamaan 15 Zulhijjah 1432. Dilahirkan jam 3:55 pagi Jumaat.