Ahad, 25 Mac 2012

Solehah di HRPZ II

Hari ini 25 Mac, 2012.... Ainul Fatihah Solehah... InsyaAllah "Solehah" yang menjadi impian bersama kami suami isteri menunaikan temujanji yang ditetapkan.

Sememangnya, seorang muslimat yang solehah adalah impian semua orang terhadap diri sendiri atau dari ibu bapa terhadap anak perempuannya.

Sejak dilahirkan 11.11.1 yang lalu, sehingga kini umurnya empat bulan lebih, hari ini adalah kali kedua Solehah berjumpa doktor pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Selepas jumpa doktor pakar, kelihatan Solehah dalam dukungan ibunya keluar. Kononnya doktor mengarahkan Solehah di x-ray. Saya tertanya-tanya kenapa di x-ray ?

Masa x-ray rasa terkilan juga kerana kecuaian tak disengaja pihak yang mengendalikan x-ray. Dalam masa 10 minit Solehah di x-ray dua kali kerana kali pertama terlupa buang butang dibajunya.

Kecuaian yang tak disengaja ini memang menguji kami berdua. Takhdir Allah SWT mengatasi segalanya. Bila saya mengajukan kepada pihak yang mengendalikan x-ray itu, beliau minta maaf.

Saya katakan, "senang saja awak minta maaf, dua patah perkataan, tapi saya amat kesal dengan kejadian ini". Beliau terus pergi. Mungkin takut saya panjangkan lagi.

Harapnya lain kali beliau jangan "rasa cekap"... terlalai boleh berlaku bila-bila masa bila ada suatu yang negatif dalam hati.

Bayangkan dan bagaimana hati ikhlas anda menjawab, anak berumur empat bulan terjadi demikian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan